Thursday, February 25, 2010

MUARA BIDARA RESORT, PENGKALAN BALAK,MELAKA

MUARA BIDARA RESORT

persekitaran
Jalan Persisiran Pantai ,Kampong Padang Kemunting,
Pantai Pengkalan Balak, 78300 Masjid Tanah Melaka.

Muara Bidara Resort adalah sebuah resort penginapan di Pengkalan Balak yang menawarkan penginapan jenis chalet, apartment dan bilik untuk keselesaan anda yang inginkan percutian indah di Pengkalan Balak, Melaka. Chalet ini yang beralamat di Jalan Persisiran Pantai, Kampong Padang Kemunting, Pantai Pengkalan Balak, 78300, Masjid Tanah, Melaka mungkin merupakan antara resort pilihan anda yang cantik dan selesa di Pengkalan Balak bagi anda yang ingin menikmati satu hari yang santai dan tenang sama ada di hujung minggu atau bercuti pada hari biasa.
Resort ini terletak berdekatan dengan pantai Pengkalan Balak pastinya memberi memori indah buat anda yang ingin menikmati matahari terbenam jauh ketengah laut bersama orang yang dikasihi sama ada anda datang bersama keluarga, rakan mahupun orang yang tersayang.
Kami juga menawarkan kemudahan yang lengkap sama ada di dalam bilik penginapan ataupun di resort dengan pelbagai perkhidmatan yang pastinya membuatkan percutian anda lengkap dengan pelbagai aktiviti dan keseronokan yang pasti anda kenang. Antara kemudahan yang kami sediakan adalah seperti surau, kawasan parking kereta, kawasan lapang untuk aktviti bagi anda yang datang dengan keluarga atau berkumpulan, pondok aktiviti, telematch dan dewan makan.
Buat anda yang ingin melihat sendiri penyu karah, inilah peluang anda kerana penyu karah banyak terdapat di Pantai Pengkalan Balak ini. Anda juga boleh menikmati perkampungan nelayan yang berdekatan di sini. Buat anda yang tercari-cari penginapan yang murah, selesa dan tenang,di sinilah tempatnya dan anda pasti gembira bersama kami di Muara Bidara Resort.
_________________________________________
PANTAI PENGKALAN BALAK
Pada era tahun 60-an,pantai ini amat popular kepada askar-askar British beriadah bersama keluarga. Adapun askar-askar British adalah petugas-petugas di kem bersebelahan pantai Tanjung Bidara iaitu Trendak Camp.
Apabila tahun 1971 kesemua petugas/askar itu dihantar pulang ke Britain (perjanjian kemerdekaan) maka pantai Pengkalan Balak menjadi sepi hampir kepada dua dekat. Pada tahun 1987 atas jasa anak watan kg. Pengkalan Balak itu sendiri iaitu Allahyarham YB Bahari Hassan, membina sebatang jalan di pinggir sepanjang pantai,maka pantai tersebut kembali menjadi ceria dan popular sebagai aset pelancongan.
Jalan tersebut dikenali “Jalan Persiaran Pantai”(JPP). Untuk pengetahuan umum sepanjang JPP itu adalah meliputi pantai Kok Ett(Hohoya), pantai Seman Jawa, pantai Haji Sidek, pantai Mat Bongkak, pantai Orang Putih (pantai Sidang Husin), pantai Wak Entel dan pantai Wahab Penyu.Kesemua ceruk pantai yang disebutkan itu, mempunyai rentetan peristiwanya yang tersendiri.
Contohnya, dipantai Mat Bongkak disekitar tahun-tahun penghujung tujuhpuluhan pernah seekor buaya terdampar di pantai tersebut. Peristiwa ini amat mengemparkan penduduk kg.Pengkalan Balak dan sekitarnya.

GAMBAR PANTAI PENGKALAN BALAK, MELAKA.
DENGAN KOS RENDAH,ANDA JUGA DAPAT BERCUTI BERSAMA KELUARGA TERCINTA.
dsc00012 tanjung-bidara
pengkalan-balak-102 pengkalan-balak-094 pengkalan-balak-008
images14 images16 images12
images7 images11 images8
images131 images12 images3
  
 
 

KEMUDAHAN DI MUARA BIDARA RESORT

KEMUDAHAN-KEMUDAHAN:
  1. Surau
  2. Wakaf / Pondok Rehat – 3 unit
  3. Padang aktiviti
  4. Dewan Makan
  5. Telematch
pejabat pendaftaran pejabat pendaftaran dan dewan makan
Pejabat pendaftaran
wakaf dan pondok rehat padang aktiviti atau sukaneka
wakaf dan pondok rehat Padang sukaneka
padang bola sepak padang bola tampar
Padang bola sepak padang bola tampar


KEMUDAHAN LAIN
1. Sewaan Dewan serbaguna / Terbuka.
Harga:RM 100.00

dewan serbaguna2 dewan serbaguna
2. Sewaan Set Karaoke= RM 350.00
SEWAAN DEWAN DAN SET KARAOKE ADALAH BERASINGAN

_________________________________________________________